Destinasi Menarik
Gua Angin Bau, Sarawak
Sunday, June 17, 2012 | 11:53 PM | 0 comments

Hai. Hari ini kami ingin kongsikan satu lagi tempat menarik di Bau, Sarawak iaitu Gua Angin.
 Gua Angin terletak di daerah Bau, Kuching, dengan jarak daripada bandar utama Kuching adalah kira-kira 45 minit perjalanan selain bersebelahan dengan Sungai Sarawak.Kawasan Bau yang sememangnya kaya dengan sumber batu kapur asli mengakibatkan banyak gua yang wujud.Kawasan lingkaran gua tersebut dinamakan Bau Formation.Keunikan gua ini adalah gua di kawasan tersebut pada zaman dahulu dihuni oleh manusia zaman dula kala ketika sumber aliran air boleh dijumpai di dalam gua tersebut.
Apa yang menarik tentang gua ini? Haa! Gua ini amat menarik kerana pernah dihuni oleh manusia pada zaman dahulu kala. Kita akan menemui sumber saliran air boleh ditemui dalam gua ini. 
Jika hendak masuk ke dalam gua ini, jangan lupa untuk membawa lampu suluh kerana di dalam amat gelap, sama ada lampu suluh sendiri atau boleh disewa dengan kadar RM3. Bayaran masuk pula ialah RM3 untuk dewasa dan RM1.50 untuk kanak kanak. Anda juga boleh datang dalam kumpulan 5 orang dimana bayaran untuk satu kumpulan ialah RM10 (RM2 seorang). Sesiapa yang datang seorang atau berdua kena berani kerana jika tidak anda tidak akan berani masuk.
Di sepanjang laluan tersebut, anda akan terdengar bunyi dicitan dan terbangan kelawar yang menghuni gua tersebut x)

Okey, itu saja untuk kali ini. Kami berharap anda menyukai dan tertarik untuk berkunjung ke Gua Angin ini.




Older Post | Newer Post
Navigations

Tentang Kami
Entri

Selamat Datang ke Sarawak
Sarawak Bumi Kenyalang :)

Holaaaaa
Hello semua. Ini adalah blog kami iaitu Ian Adib, Hazimah, Hamizah, Nadia, Fadhlin Syafiqah, Nur Nadia Najiah dan Nur Kharmila. Semoga kalian suka membaca blog kami ini :)

Bersembang di sini



Followers