Destinasi Menarik
Gua Niah Miri,Sarawak
Saturday, June 16, 2012 | 2:14 AM | 0 comments
Hai. Hari ini kami ingin berkongsi tentang salah satu tempat menarik di Miri, Sarawak. Miri Sarawak merupakan antara bandaraya yang mempunyai banyak tempat menarik. Salah satu tempat yang menarik yang ingin kami kongsikan pada hari ini ialah Gua Niah. Gua Niah merupakan tempat yang menerima kunjungan pelancong yang paling banyak di Sarawak.  Gua Niah merupakan sebuah gua yang terbesar di Malaysia dan penuh dengan sejarah.  Ia juga merupakan antara gua batu kapur yang terbesar di dunia. 
Gua ini terletak kira-kira 90 kilometer atau 1 1/2 jam dari Miri, Sarawak dan juga menunjukkan bukti kehidupan awal manusia di daerah ini. 
Gua Niah juga merupakan salah satu gua tertua di dunia dan telah diwartakan sebagai tapak bersejarah di bawah kuasa Muzium Sarawak. Gua Niah terbentuk sebagai terumbu karang pada akhir Miocene sebelum pergerakan bumi yang mengangkatnya dan dihakis membentuk gua. Gua Niah seluas 12 hektar dan kawasan dalam gua dianggarkan tiga kali padang bola sepakSelain pintu masuk utama Gua Niah, terdapat 5 bukaan lain dengan kamar dibelakangnya. Ia dikenali sebagai Mulut Besar, Lubang Tulang, Lubang Hangus, Gan Kira dan Lubang Tahi Menimbun.

Gua Niah juga merupakan taman negara Sarawak terkecil, tetapi merupakan yang paling penting dan menarik minat pelancong. Ini adalah kerana di Gua Niah telah dijumpai fossil manusia yang berusia 40,000 ribu tahun dahulu sekali gus menjadikannya sebagai tapak awal kehadiran manusia di Asia Tenggara. Selain itu jumpaan perkakasan manusia purba ini telah menjadikan Gua Niah sebagai tapak kaji purba terpenting di dunia. Taman negara Gua Niah seluas 3,138 hektar kawasan bukit batu kapur dan hutan. Ia diwartakan sebagai Monumen Sejarah Kebangsaan pada 1958 dan pada 23 November 1974 diwartakankan sebagai Taman negara dan dibuka kapada umum pada 1 Januari 1975.
Taman Negara Niah juga menyediakan kemudahan kediaman kepada pelancong iaitu tapak perkhemahan, hostel dan chalet dengan harga yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Di sini juga terdapat kafeteria untuk membolehkan pelancong mendapatkan bekalan makanan kerana semua kemudahan di Taman Negara Niah tidak dibenarkan memasak. Namun pelancong dibenarkan membuat barbeque di kawasan luar penginapan.
Oleh itu, Gua Niah sangat sesuai dijadikan sebagai destinasi menarik.









Older Post | Newer Post
Navigations

Tentang Kami
Entri

Selamat Datang ke Sarawak
Sarawak Bumi Kenyalang :)

Holaaaaa
Hello semua. Ini adalah blog kami iaitu Ian Adib, Hazimah, Hamizah, Nadia, Fadhlin Syafiqah, Nur Nadia Najiah dan Nur Kharmila. Semoga kalian suka membaca blog kami ini :)

Bersembang di sini



Followers