Destinasi Menarik
Gunung Murud Miri, Sarawak
Monday, June 18, 2012 | 7:03 AM | 0 comments
Hai. Malam ini kami ingin berkongsi tentang salah satu gunung yang tertinggi selain Gunung Kinabalu 
iaitu Gunung Murud yang terletak di Miri, Sarawak. 
Walaupun tidak popular seperti Gunung Kinabalu di Sabah, gunung tertinggi di Sarawak, Gunung Murud miliki tarikan tersendiri. Terletak di utara Sarawak, gunung setinggi 2,423 meter yang turut menyimpan pelbagai misteri di kalangan penduduk tempatan kaya dengan spesies fauna dan flora. Namun, untuk menawan puncak gunung itu ia tentunya tidak semudah yang disangka. Hanya mereka yang lasak dan gemarkan aktiviti mencabar mampu menjejakkan kaki di puncak gunung dianggap `suci' kumpulan penduduk Kelabit di tanah tinggi Bario. Bermula dari Lawas, perjalanan dari pekan kecil paling utara di Sarawak itu mengambil masa sekurang-kurangnya tiga hari untuk sampai ke puncak gunung itu.
Ia amat sesuai bagi pelancong yang gemarkan cabaran dan aktiviti lasak. Sepanjang perjalanan menuju puncak gunung berkenaan, sesiapa saja pasti kagum dengan keindahan persekitarannya. Misalnya, sepanjang perjalanan dari Lapo Bunga menuju ke Batu Lelanit, pelancong boleh menyaksikan pelbagai spesies orkid liar yang tidak terdapat di tempat lain. Selain, orkid, pelbagai spesies tumbuhan liar lain seperti periuk kera menarik untuk dirakam dan diambil gambar. Jika bernasib baik pendaki akan terserempak dengan haiwan liar. Tambahan pula, cuaca sepanjang perjalanan yang sejuk pasti menjanjikan ketenangan kepada sesiapa saja yang berpeluang menyertai ekspidisi mendaki Gunung Murud.







Older Post | Newer Post
Navigations

Tentang Kami
Entri

Selamat Datang ke Sarawak
Sarawak Bumi Kenyalang :)

Holaaaaa
Hello semua. Ini adalah blog kami iaitu Ian Adib, Hazimah, Hamizah, Nadia, Fadhlin Syafiqah, Nur Nadia Najiah dan Nur Kharmila. Semoga kalian suka membaca blog kami ini :)

Bersembang di sini



Followers