Destinasi Menarik
Kuching,Sarawak
Friday, June 29, 2012 | 4:56 AM | 0 comments

           
         
         Kuching atau Bandaraya Kuching ialah ibu negeri dan bandar terbesar di Sarawak.Ia merupakan bandaraya paling ramai penduduk di Malaysia Timur.Kuching ialah bandar yang terbesar di pulau Borneo.Bandaraya Kuching diduduki oleh 658,549 mengikut banci 2010.Ini menyebabkan ia menjadi Bandaraya yang mempunyai penduduk terbanyak di Sarawak dan ketujuh di Malaysia.Kuching adalah bandaraya keempat terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur,Pulau Pinang dan Johor Bahru.Penduduk Kuching terdiri daripada campuran orang Melayu, Dayak, Cina, serta sebilangan orang India dan kelompok-kelompok etnik yang lain. Orang Dayak boleh dikategorikan lagi kepada orang Iban, Bidayuh, Melanau, dan banyak lagi. Orang Cina terdiri daripada orang Hokkien di kawasan-kawasan bandar raya, dan orang Hakka, khususnya di kawasan luar bandar. Orang-orang Cina yang lain termasuk orang Foochow (Fuzhou), Teochew, Hainan, Kantonis, Henghua dan lain-lain lagi.




     

         Di dalam bandar, terdapat beberapa muzium seperti Muzium Sarawak yang amat dikenali, Muzium Cina, Muzium Kucing, dan lain-lain yang patut dikunjungi semasa melawat Kuching. Mercu tanda dan tapak menarik termasuk Astana (bekas istana Raja), Kubu Margherita, kuil Tua Pek Kong, dan Bazar Besar. Kawasan dermaga Kuching, yang sebenarnya merupai sebuah esplanad tepi sungai, terletak di sebelah kanan hotel-hotel utama serta kawasan tengah komersil bandar raya dan membekalkan kawasan untuk bersiar-siar pada waktu petang. Kedai-kedai lama di sebelah sana kawasan dermaga menjual berbagai-bagai barang 'antik' dan kraftangan.
    Sebilangan kawasan menarik yang lain yang terletak berhampiran dengan pusat bandar termasuk Jalan Padungan yang merupakan kawasan Pekan Cina utama di bandar raya ini. Kedai-kedai yang kelihatan tidak pernah berubah sejak 20 tahun dahulu memberikan wawasan yang mempesonakan tentang kehidupan pada masa dahulu. Jalan Carpenter dan Jalan India masih mengekalkan daya tarikan dunia lama, walaupun proses globalisasi tidak henti-henti mencerobohinya. Bangunan Mahkamah lama merupakan penghubung antara Jalan Carpenter dan Jalan India, dan berbaloi untuk dikunjungi bagi mengenang kembali keindahan kolonial yang menjadi pudar (kini dipulihkan dan dimodenkan). Taman-taman di sekeliling bandar raya yang dijaga dengan baik juga merupakan tempat-tempat yang baik untuk dikunjungi.Sebuah konsep 'Garden City' juga telah dicadangkan untuk bandar Kuching.Bandar Kuching amatlah sesuai menjadi destinasi menarik bagi setiap keluarga yang ingin melancong.
           

   

Older Post | Newer Post
Navigations

Tentang Kami
Entri

Selamat Datang ke Sarawak
Sarawak Bumi Kenyalang :)

Holaaaaa
Hello semua. Ini adalah blog kami iaitu Ian Adib, Hazimah, Hamizah, Nadia, Fadhlin Syafiqah, Nur Nadia Najiah dan Nur Kharmila. Semoga kalian suka membaca blog kami ini :)

Bersembang di sini



Followers