Pulau Bruit
Sarawak
yang terletak di kepulauan borneo mempunyai gugusan pulau yang tidak kurang
menariknya. Salah satu daripadanya ialah Pulau Bruit.Pulau tersebut terletak di
kawasan Rejang Delta iaitu 150 km barat laut Kuching, di bawah bahagian Mukah
dan di dalam daerah Daro.Pulau Bruit merupakan pulau terbesar di negeri Sarawak
dan yang kedua terbesar di Malaysia, selepas Pulau Banggi di Sabah. Pulau Bruit
atau pada satu masa dahulu pernah dikenali sebagai Sri Bruit merupakan pulau
yang mempunyai sejarah tersendiri terutamanya kewujudan cerita yang dikaitkan
dengan cara tempat tersebut mendapat nama.
Pulau Bruit atau dahulu dikenali sebagai Sri Bruit merupakan pulau yang terbesar di negeri Sarawak. Di sebalik keindahan pulau ini, terdapat cerita menarik yang menjadi pencetus nama Sri Bruit. Dikatakan, pulau ini asalnya tidak mempunyai nama dan hanya dijadikan sebagai sebuah tempat untuk bercucuk tanam oleh penduduk-penduduk yang tinggal di tanah besar. Tanah di kawasan pulau ini sangat subur dan ia masih kekal sehingga sekarang. Oleh kerana buminya yang subur, segelintir peneroka awal dari tanah besar telah membuka penempatan di pulau ini. Lokasi penempatan pada ketika itu bertapak di muara Sungai Nyiuk. Di sinilah mereka menjalankan aktiviti bercucuk tanam dan menangkap ikan. Pada masa itu ikan mudah ditangkap hinggakan nelayan yang hanya mencari rezeki di kawasan muara sungai memperoleh pendapatan lumayan. Melihat pada keadaan itu, ramailah orang berpindah ke kawasan ini dan akhirnya wujudlah sebuah perkampungan yang damai. Kehidupan para penduduk kampung sangat aman dan tenteram walaupun tiada ketua yang sah di kalangan mereka. Setiap permasalahan akan di bincang bersama seperti kata pepatah “berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing“. Di kampung ini terdapat seorang penduduk yang sangat rajin, bertanggungjawab dan amanah. Ngah Dulik yang kerjanya hanya menangkap ikan sangat dihormati oleh para penduduk kerana selalu menolong orang dalam kesusahan hinggakan beliau menjadi rujukan dalam membuat sebarang keputusan. Beliau juga dianggap berpelajaran kerana boleh membaca khat jawi. Suatu hari, Ngah Dulik turun ke muara sungai untuk menangkap ikan. Sampainya di sana, dia terus menebarkan jalanya dan telah memperoleh banyak ikan.Oleh kerana terlalu seronok, keesokan harinya Ngah Dulik pergi menangkap ikan lagi. Nasibnya sangat baik kerana sekali tebar sahaja, perahunya terus dipenuhi ikan. Kerja yang sama dilakukan pada hari berikutnya, namun seekor ikan pun tidak melekat. Tanpa berputus asa beliau terus menebar lagi sehinggalah matahari meninggi, tetapi jalanya tetap kosong. Ngah Dulik sangat letih lalu mengambil keputusan pulang ke rumah, namun hatinya terdetik untuk menebar jala bagi kali yang terakhir. Pada masa hendak menarik, beliau mendapati ada sesuatu yang sangat berat melekat pada jalanya dan cubaannya untuk menarik tetap gagal. Sementara menanti air surut, Ngah Dulik membuat keputusan pulang ke rumah. Apabila surut, dia meminta pertolongan daripada beberapa orang anak muda untuk menemani dan membantunya. Sampai sahaja di sana, mereka terkejut kerana jala telah tersangkut pada batu besar yang mempunyai tulisan jawi.Keesokan harinya hebohlah berita mengenai batu tersebut. Untuk mengesahkan cerita itu, maka ramailah penduduk berkampung di muara sungai. Bagaimanapun, nasib mereka tidak baik kerana tidak menemui batu yang dimaksudkan. Selang sebulan selepas itu, sebuah kapal telah berlabuh di muara yang sama dan di sisi ia terdapat tulisan jawi yang tertulis nama Sri Bruit. Maka hebohlah seluruh penduduk kampung tentang hal tersebut hingga sampai ke telinga Ngah Dulik. Untuk memastikan hal tersebut dia mengajak anak muda pergi ke sisi kapal itu lagi. Setelah terpandang akan tulisan tersebut, Ngah Dulik tersenyum dan berkata kepada mereka bahawa itulah tulisan yang terdapat pada batu yang ditemui sebelum ini. Berita itu terus tersebar di seluruh pelosok kampung dan ramailah penduduk datang ke rumah Ngah Dulik untuk bertanyakan hal yang sama. Setelah puas bercerita lalu dengan sebulat suara mereka pun berbincang untuk menamakan kawasan yang diduduki sebagai Kampung Sri Bruit dan melantik Ngah Dulik sebagai ketua. Setelah beratus tahun, nama sri tidak digunakan lagi sebaliknya ia dikenali sebagai Pulau Bruit. (KK7: 15 Oktober 2010)
Older Post | Newer Post
|
Holaaaaa
Hello semua. Ini adalah blog kami iaitu Ian Adib, Hazimah, Hamizah, Nadia, Fadhlin Syafiqah, Nur Nadia Najiah dan Nur Kharmila. Semoga kalian suka membaca blog kami ini :)
Pemilik Blog
Hai. Kami ialah pemilik blog ini yang hanya berkongsi tentang destinasi-destinasi menarik yang pernah kami kunjungi di Sarawak. Kami berusia 16tahun dan bersekolah di tempat yang sama iaitu SMK Three Rivers, Mukah. Semoga terhibur~