Taman Awam Miri, Sarawak.
Sunday, June 17, 2012 | 3:07 AM | 0 comments
Hai. Hari ini kami ingin berkongsi tentang salah satu tempat yang popular di Bandaraya Miri, Sarawak.
Taman Awam Miri merupakan sebuah taman yang sesuai untuk melakukan aktiviti riadah bersama keluarga.
Taman Awam ini terletak kira-kira 3km dari Bandaraya Miri sepanjang jalan Miri-Bintulu.
Taman ini amat menarik kerana mempunyai :~Jambatan gantung~Taman bunga~Air terjun~Air pancut~Pavilion~bilik pameran~kedai cenderamata~kantin dan sebagainya.
Selain itu, terdapat juga beberapa kemudahan sukan seperti trek untuk berjoging dan taman permainan.
Taman ini juga sesuai untuk keluarga atau rakan-rakan anda yang ingin melakukan aktiviti seperti
'barbeque', 'picnic' dan sebagainya. Syarat kemasukan ini adalah percuma.
Air Terjun di Taman Awam Miri |