Destinasi Menarik
Taman Negara Lambir Miri, Sarawak
Wednesday, June 27, 2012 | 1:36 AM | 0 comments

 
 
Hai, destinasi menarik hari ini ialah Taman Negara Lambir di Miri.
Taman Negara Bukit Lambir boleh dikatakan sebagai sebuah ekosistem semulajadi yang paling lengkap dan kompleks di dunia. Kawasan hutan dipterokarpa tanah rendahnya seluas 6,952 hektar meningkat setinggi 450 meter dan menghasilkan tahap biodiversiti tumbuhan tertinggi di dunia. Ianya menjadi rumah kepada lebih 237 spesis burung, tupai terbang, babi hutan, gibbon, beberapa jenis monyet, beberapa spesis rusa, serangga-serangga pelik dan beberapa lagi invertebrate, termasuklah kumpulan saintis-saintis dari seluruh dunia yang menetap di sini. Lambir juga mempunyai beberapa trek perjalanan yang boleh membawa anda ke kawasan air terjun dan kolam mandi di seluruh taman, semuanya hanya mengambil masa 40 minit pemanduan dari Miri.





Kebanyakan trek di Lambir bersambung antara satu sama lain, jadi bolehlah anda terokai beberapa trek dalam masa satu hari. Trek Latak Waterfall Trail merupakan yang paling mudah, dekat dan popular – sekiranya anda inginkan ketenangan, datang melawat pada hari biasa. Trek ini (dengan marking merah/putih, 20 minit) melalui kawasan laluan air jernih melepasi dua air terjun cantik yang bakal menemukan anda dengan sebuah kolam mandi hutan yang besar dikelilingi dinding batu curam dan di penuhi oleh air dari air terjun Latak setinggi 25 meter. Bilik persalinan, tandas dan kawasan berkelah disediakan dan kolam mini selamat untuk digunakan walaupun dinasihatkan kepada kanak-kanak dan orang yang tidak pandai berenang agar berhati-hati kerana terdapat beberapa kawasan kolam yang dalam di sini.




Trek Pantu, Bukit Pantu dan Air Terjun Pantu merupakan trek yang berasal dari satu sistem trek yang sama. Betul-betul sebelum Air Terjun Latak, anda akan melihat trek Pantu (marking putih, 1 jam) di sebelah kiri menaiki kawasan bertingkat melalui kawasan peninggalan menara pokok, kemudiannya menurun ke kawasan hutan tebal menuju air terjun Nibong, tempat yang sesuai untuk berehat seketika. Trek Bukit Pantu pula terletak di bahagian kanan (marking putih/kuning, 1jam setengah) beberapa ratus meter dari sini, menawarkan pemandangan indah, dan trek Air Terjun Pantu di sebelah kirinya (marking merah/kuning, 1 jam). Kawasan selepas trek Air Terjun Pantu pula merupakan kawasan tinggi hutan tebal yang dipenuhi bunyi hidupan liar di Lambir. Setelah berjalan 4km, trek ini berpecah, pusingan kanan akan membawa anda ke puncak Bukit Lambir.
 
Trek Puncak ini (marking merah/biru 3 jam setengah) adalah sukar bagi mereka yang tidak biasa, namun pemandangan indah serta orkid liar menjadikannya sebuah pengalaman yang berharga dan pengunjung boleh berehat seketika di kolam mandi air terjun Dinding yang terdapat di sini. Lambir juga menyediakan beberapa trek sukar bagi mereka yang berpengalaman; segala maklumat lanjut boleh didapatkan dari warden taman ini.

Older Post | Newer Post
Navigations

Tentang Kami
Entri

Selamat Datang ke Sarawak
Sarawak Bumi Kenyalang :)

Holaaaaa
Hello semua. Ini adalah blog kami iaitu Ian Adib, Hazimah, Hamizah, Nadia, Fadhlin Syafiqah, Nur Nadia Najiah dan Nur Kharmila. Semoga kalian suka membaca blog kami ini :)

Bersembang di sini



Followers