Waterfront Kuching, Sarawak
Friday, June 29, 2012 | 10:38 AM | 0 comments
Kuching Waterfront atau Tebingan yang kaya dengan pelbagai aktiviti dan menjadi antara satu tempat rehat nyaman…juga dikenali sebagai ‘People’s Place”. Ia dianggap sebagai ‘halaman rakyat´ di kalangan pelancong asing berikutan destinasi berkenaan menjanjikan seribu satu pengalaman tidak terdapat di tempat lain.Tidak hairanlah kunjungan ke Kuching dikatakan tidak lengkap jika tidak singgah ke Kuching
Waterfront, sekali gus menikmati panorama indah Sungai Sarawak.
Sejak Kuching Waterfront yang mengunjur sejauh satu kilometer di tebing Sungai Sarawak dirasmikan pada September 1993, lokasi itu tidak pernah sunyi dikunjungi penduduk tempatan serta pelancong dalam dan luar negara yang berulang kali menjadikan bandar raya ini sebagai destinasi percutian setiap tahun.
Sesuai kedudukannya di tengah pusat bandar raya ini, Kuching Waterfront mudah dikunjungi kerana kebanyakan hotel penginapan sama ada bertaraf bintang atau hotel bajet terletak tidak jauh dari lokasi berkenaan.
Keindahan landskap atau seni taman dan keunikan reka bentuk Kuching Waterfront yang dikelilingi beberapa bangunan bersejarah dapat dilihat dari tingkap hotel bertaraf antarabangsa yang menghadap Sungai Sarawak.Bagi mereka yang lebih gemarkan hotel bajet, terdapat beberapa hotel seumpama itu di kawasan berhampiran, namun tempahan perlu dibuat lebih awal kerana kerap sesak dengan pengunjung.
Di kawasan berkenaan, pengunjung berpeluang menikmati makanan dan minuman di kawasan susur pejalan kaki di benteng sungai sepanjang satu kilometer.
Dari aspek sejarah, Kuching Waterfront yang pernah menerima pelbagai anugerah seni bina landskap itu akan menceritakan segala-galanya kepada pengunjung tanpa perlu menghabiskan masa membelek lipatan sejarah di arkib atau perpustakaan.Ini kerana setiap langkah di sepanjang tebing itu akan membongkar segala kisah silam dan menarik mengenai Sarawak.Di sepanjang tempat berjalan kaki di tebingan itu, ada diletakkan penerangan ringkas mengenai catatan sejarahnya.Tidak cukup dengan penerangan ringkas di atas laluan pejalan kaki, di kiri kanan tebingan itu juga tersergam bangunan bersejarah seperti Astana Negeri, bangunan yang dibina Charles Brooke pada 1870 sebagai hadiah perkahwinan kepada isterinya, Ranee Margaret.
Buat masa ini, Astana menjadi kediaman rasmi Yang Dipertua Negeri Sarawak.
Pemandangan di kawasan terbabit juga menjadi lebih menarik berikutan siapnya bangunan baru Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak. Square Tower di Kuching Waterfront dulunya digunakan untuk meninjau pergerakan musuh. Ia yang dibina pada 1879 dikenali juga sebagai Rumah Pasung di kalangan penduduk tempatan kerana dikatakan pernah dijadikan pusat tahanan pada zaman pemerintahan Brooke.
Bagi mereka yang gemar menonton wayang dan bermain bowling, tentunya sebuah pusat beli-belah di Jalan Tunku Abdul Rahman bersebelahan Sungai Sarawak di Kuching Waterfront menjadi pilihan.
Amat dicadangkan anda yang melawat Tebingan Kuching ini agar berjalan kaki untuk merasai sendiri pengalaman di sekitar kawasan ini…
Kuching,Sarawak
| 4:56 AM | 0 comments
Kuching atau Bandaraya Kuching ialah ibu negeri dan bandar terbesar di Sarawak.Ia merupakan bandaraya paling ramai penduduk di Malaysia Timur.Kuching ialah bandar yang terbesar di pulau Borneo.Bandaraya Kuching diduduki oleh 658,549 mengikut banci 2010.Ini menyebabkan ia menjadi Bandaraya yang mempunyai penduduk terbanyak di Sarawak dan ketujuh di Malaysia.Kuching adalah bandaraya keempat terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur,Pulau Pinang dan Johor Bahru.Penduduk Kuching terdiri daripada campuran orang Melayu, Dayak, Cina, serta sebilangan orang India dan kelompok-kelompok etnik yang lain. Orang Dayak boleh dikategorikan lagi kepada orang Iban, Bidayuh, Melanau, dan banyak lagi. Orang Cina terdiri daripada orang Hokkien di kawasan-kawasan bandar raya, dan orang Hakka, khususnya di kawasan luar bandar. Orang-orang Cina yang lain termasuk orang Foochow (Fuzhou), Teochew, Hainan, Kantonis, Henghua dan lain-lain lagi.
Di dalam bandar, terdapat beberapa muzium seperti Muzium Sarawak yang amat dikenali, Muzium Cina, Muzium Kucing, dan lain-lain yang patut dikunjungi semasa melawat Kuching. Mercu tanda dan tapak menarik termasuk Astana (bekas istana Raja), Kubu Margherita, kuil Tua Pek Kong, dan Bazar Besar. Kawasan dermaga Kuching, yang sebenarnya merupai sebuah esplanad tepi sungai, terletak di sebelah kanan hotel-hotel utama serta kawasan tengah komersil bandar raya dan membekalkan kawasan untuk bersiar-siar pada waktu petang. Kedai-kedai lama di sebelah sana kawasan dermaga menjual berbagai-bagai barang 'antik' dan kraftangan.
Sebilangan kawasan menarik yang lain yang terletak berhampiran dengan pusat bandar termasuk Jalan Padungan yang merupakan kawasan Pekan Cina utama di bandar raya ini. Kedai-kedai yang kelihatan tidak pernah berubah sejak 20 tahun dahulu memberikan wawasan yang mempesonakan tentang kehidupan pada masa dahulu. Jalan Carpenter dan Jalan India masih mengekalkan daya tarikan dunia lama, walaupun proses globalisasi tidak henti-henti mencerobohinya. Bangunan Mahkamah lama merupakan penghubung antara Jalan Carpenter dan Jalan India, dan berbaloi untuk dikunjungi bagi mengenang kembali keindahan kolonial yang menjadi pudar (kini dipulihkan dan dimodenkan). Taman-taman di sekeliling bandar raya yang dijaga dengan baik juga merupakan tempat-tempat yang baik untuk dikunjungi.Sebuah konsep 'Garden City' juga telah dicadangkan untuk bandar Kuching.Bandar Kuching amatlah sesuai menjadi destinasi menarik bagi setiap keluarga yang ingin melancong.
Taman Negara Similajau Bintulu, Sarawak
Wednesday, June 27, 2012 | 2:17 AM | 0 comments
Taman Negara Similajau yang terletak hanya 45 minit dari Bandar
Bintulu adalah sebuah tempat penghujung minggu yang menarik bagi
mereka yang tinggal di tengah negeri Sarawak. Taman negara ini mempunyai
pantai terindah di Malaysia dengan hamparan pantai berbatu dan berpasir
dengan warna putih dan keemasan menghadap Laut China Selatan.
Taman
yang dipublikasikan pada tahun 1978 ini merangkum luas 7,064 hektar
hutan perawan pinggir pantai yang bermula dari Sungai Likau di Selatan
hingga ke Sungai Similajau di Utara. Kawasan sepanjang 30 km ini penuh
dengan berbagai tumbuhan dan hewan dan menawarkan pelancong pengalaman
indah berjalan di sepanjang pantai yang indah dan tenteram.
Kehidupan darat di taman ini termasuk 24 spesis haiwan mamalia yang
telah didaftarkan seperti hewan ungka dan berbagai jenis kera. Haiwan
reptilia yang sering kelihatan disini ialah Buaya Air Asin
Taman ini juga telah mendaftarkan sebanyak 230 spesies burung
termasuk burung kenyalang dan burung yang sering hijrah seperti Bangau
Storm. Jika beruntung, anda juga dapat melihat ikan Lumba-lumba bermain
ombak di laut. Kadangkala, Penyu juga naik ke darat untuk bertelur
disini.
Tempat ini amat menarik untuk dijadikan sebagai tempat berhujung minggu bersama keluarga atau rakan-rakan anda.
Taman Negara Lambir Miri, Sarawak
| 1:36 AM | 0 comments
Hai, destinasi menarik hari ini ialah Taman Negara Lambir di Miri.
Taman Negara Bukit Lambir boleh dikatakan sebagai sebuah ekosistem
semulajadi yang paling lengkap dan kompleks di dunia. Kawasan hutan
dipterokarpa tanah rendahnya seluas 6,952 hektar meningkat setinggi 450
meter dan menghasilkan tahap biodiversiti tumbuhan tertinggi di dunia.
Ianya menjadi rumah kepada lebih 237 spesis burung, tupai terbang, babi
hutan, gibbon, beberapa jenis monyet, beberapa spesis rusa,
serangga-serangga pelik dan beberapa lagi invertebrate, termasuklah
kumpulan saintis-saintis dari seluruh dunia yang menetap di sini. Lambir
juga mempunyai beberapa trek perjalanan yang boleh membawa anda ke
kawasan air terjun dan kolam mandi di seluruh taman, semuanya hanya
mengambil masa 40 minit pemanduan dari Miri.
Kebanyakan trek di Lambir bersambung antara satu sama lain, jadi bolehlah anda terokai beberapa trek dalam masa satu hari. Trek Latak Waterfall Trail merupakan yang paling mudah, dekat dan popular – sekiranya anda inginkan ketenangan, datang melawat pada hari biasa. Trek ini (dengan marking merah/putih, 20 minit) melalui kawasan laluan air jernih melepasi dua air terjun cantik yang bakal menemukan anda dengan sebuah kolam mandi hutan yang besar dikelilingi dinding batu curam dan di penuhi oleh air dari air terjun Latak setinggi 25 meter. Bilik persalinan, tandas dan kawasan berkelah disediakan dan kolam mini selamat untuk digunakan walaupun dinasihatkan kepada kanak-kanak dan orang yang tidak pandai berenang agar berhati-hati kerana terdapat beberapa kawasan kolam yang dalam di sini.
Trek Pantu, Bukit Pantu dan Air Terjun Pantu merupakan trek yang berasal dari satu sistem trek yang sama. Betul-betul sebelum Air Terjun Latak, anda akan melihat trek Pantu (marking putih, 1 jam) di sebelah kiri menaiki kawasan bertingkat melalui kawasan peninggalan menara pokok, kemudiannya menurun ke kawasan hutan tebal menuju air terjun Nibong, tempat yang sesuai untuk berehat seketika. Trek Bukit Pantu pula terletak di bahagian kanan (marking putih/kuning, 1jam setengah) beberapa ratus meter dari sini, menawarkan pemandangan indah, dan trek Air Terjun Pantu di sebelah kirinya (marking merah/kuning, 1 jam). Kawasan selepas trek Air Terjun Pantu pula merupakan kawasan tinggi hutan tebal yang dipenuhi bunyi hidupan liar di Lambir. Setelah berjalan 4km, trek ini berpecah, pusingan kanan akan membawa anda ke puncak Bukit Lambir.
Trek Puncak ini (marking merah/biru 3 jam setengah) adalah sukar bagi mereka yang tidak biasa, namun pemandangan indah serta orkid liar menjadikannya sebuah pengalaman yang berharga dan pengunjung boleh berehat seketika di kolam mandi air terjun Dinding yang terdapat di sini. Lambir juga menyediakan beberapa trek sukar bagi mereka yang berpengalaman; segala maklumat lanjut boleh didapatkan dari warden taman ini.
Rumah Panjang Melanau Islam Matu, Sarawak
Saturday, June 23, 2012 | 10:07 PM | 0 comments
Rumah panjang Melanau Islam Kampung Sok, adalah satu-satunya rumah panjang Melanau yang ada di negara ini, malah satu-satunya di dunia. Seni bina rumah panjang ini hampir sama dengan rupa bentuk rumah panjang masyarakat Iban di sini, cuma rekaletak atau susun atur ruang bagi tempat tinggal keluarga terbabit agak berlainan sedikit. Setiap keluarga akan mempunyai unit kediaman yang berhadapan antara satu sama lain tetapi berkongsi kawasan atau bahagian tengah rumah itu (ruai) yang akan terbuka serta menghubungkan setiap unit kediaman keluarga di situ. Anjungnya yang mempunyai pelbagai kegunaan pula terletak di bahagian belakang rumah berdekatan dengan dapur, sebaliknya bagi konsep rumah panjang masyarakat Iban anjung terletak di hadapan rumah. Bagaimanapun konsep rumah seumpamanya kini tidak begitu diminat lagi oleh penduduk di sini kerana rekaletak atau susun aturnya menyukarkan usaha untuk menambah bilik atau ruang seiring dengan pertambahan bilangan ahli kelurga mereka. Malah jika mereka perlu menambah jumlah unit kediaman dalam rumah panjang ini pun, ia hendaklah dibina dengan tambahan dua unit sekali gus bagi setiap pertambahan baru, yang mana unit ini akan dibina berhadapan antara satu sama lain. Jika tidak dibina demikian maka rumah panjang ini tidak akan kelihatan lengkap sebaliknya akan kelihatan ganjil (mencacatkan rupa bentuk rumah panjang). Maka dengan pertambahan bilangan ahli keluarga penduduk di sini maka konsep rumah panjang ini tidak lagi praktikal untuk didiami sebaliknya mereka lebih suka membina rumah yang di atas lot-lot persendirian yang telah disediakan.
Kampung Budaya Sarawak
Friday, June 22, 2012 | 9:00 AM | 0 comments
Hai. Hari ini kami ingin membawa anda ke Kampung Budaya Sarawak. Sarawak memang cukup dikenali sebagai negeri yang mempunyai pelbagai kaum yang unik dan sukar untuk di dapati di tempat-tempat lain.
Untuk mengetahui latar belakang serta kepelbagaian etnik yang terdapat di Sarawak, rasanya tidak cukup jika sekadar dengan membaca buku tanpa melihat sendiri gaya hidup serta suasana penempatan kaum-kaum tersebut. Oleh sebab itu, Kampung Budaya Sarawak yang dibuka secara rasmi pada tahun 1990 dan dibangunkan di atas tanah seluas 14 ekar diharap mampu memberikan pengalaman terindah kepada pengunjung yang mahu merasai sendiri gaya hidup serta kediaman sebenar masyarakat unik tersebut.
Hanya 35 kilometer dari Bandaraya Kuching dan mengambil masa lebih kurang 35 minit perjalanan menggunakan kereta, Kampung Budaya Sarawak merupakan lokasi percutian terbaik untuk seisi keluarga.
Tambahan pula, para pekerja di Kampung Budaya Sarawak memberikan layanan yang baik dan mesra kepada para pelancong. Berlatar belakangkan hutan hujan tropika yang masih elok terpelihara serta Gunung Santubong yang tinggi melangit. Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.15 petang, Kampung Budaya Sarawak yang telah menerima pelbagai anugerah dari dalam luar negara itu diharapkan akan terus terpelihara serta menjadi daya tarikan utama buat para pelancong yang mahu berkunjung ke Sarawak
Kampung Budaya Sarawak
Persembahan tarian di Kampung Budaya
Taman Poket Dalat, Sarawak
Tuesday, June 19, 2012 | 3:44 AM | 0 comments
Hai. Petang ini kami ingin berkongsi tentang salah satu tempat menarik di Dalat iaitu Taman Poket. Sebelum itu, izinkan kami bercerita serba sedikit tentang Dalat. Dalat diisytiharkan sebagai sebuah daerah di Bahagian Sibu Pada 2 April 1974 dan pada 1 Mac 2002 pula Mukah telah diisytiharkan sebagai Bahagian ke-10 di Negeri Sarawak. Dengan pengisytiharan ini yang telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Dr. Haji Abdul Taib Mahmud, secara rasminya Daerah Dalat ditadbir oleh Bahagian Mukah. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini Dalat telah mengalami perubahan dari segi pembangunan.
Pada awal tahun 2008 yang lalu Taman Poket telah siap dibina dan dibuka kepada kunjungan orang awam.Di tengah-tengah taman ini terletak Jerunai (klideng) yang mempunyai sejarahnya yang tersendiri.
Taman Poket Dalat merupakan sebuah kawasan riadah yang menjadi tumpuan seluruh kampung di Daerah Dalat. Taman ini sesuai dijadikan tempat riadah bersama keluarga pada hujung minggu. Bangku dan pondok disediakan di taman ini untuk kemudahan pengunjung. Terdapat juga Riverfront berdekatan dengan Taman Poket ini. Di sini, para pengunjung dapat merehatkan minda, berjoging dan sebagainya.
Jerunei atau Kelidieng merupakan tarikan utama di taman ini yang merupakan sebatang tiang yang berukuran satu sepemeluk. Ia diperbuat daripada kayu belian yang merupakan sejenis kayu keras yang tahan keadaan cuaca dan tahan sehingga ratusan tahun. Jerunei ini dipahat untuk menghasilkan bermacam-macam jenis ukiran. Ada yang dibuat dengan ukiran rumit yang mungkin mengambil masa selama beberapa tahun untuk disiapkan yang dibuat oleh tukang ukir orang Melanau.
Mengikut legenda, apabila seseorang raja itu meninggal, mayatnya tidak terus dikebumikan. Tetapi mayat raja tersebut disimpan di dalam keranda dan keranda tersebut disimpan di dalam pondok khas yang berdekatan dengan Jerunei itu. Setelah mayat raja tersebut reput, tulang-tulang raja tersebut dikumpulkan dan disimpan di dalam tempayan. Tempayan yang mengandungi tulang-tulang raja tersebut diletakkan di dalam lubang Jerunei. Semasa mengerjakan upacara itu, kaum kerabat raja yang meninggal itu akan membawa seorang anak perempuan hamba kepada raja tersebut. Anak perempuan hamba tersebut akan digantung di puncak Jerunei dan dibiarkan mati kebuluran. Ia bertujuan supaya roh anak perempuan hamba tersebut dapat melayan raja itu sebagaimana biasa dialaminya semasa hidup. Seterusnya seorang hamba lelaki dicampakkan ke dalam lubang Jerunei supaya roh hamba lelaki itu akan menjadi pengawal, pelayan dan tukang dayung kepada roh raja itu ketika perjalanan menuju alam kematian.
Jerunei berasal dari Kampung Seberang Tengah namun dipindahkan beberapa kali dalam tahun 1971 sehinggalah kali terakhir ia didirikan di hadapan Pejabat Daerah Dalat. Ia telah berusia menjangkau lebih daripada 100 tahun dan merupakan khazanah silam yang terakhir disimpan serta dijaga oleh penduduk Daerah Dalat di bawah kendalian Pejabat Daerah Dalat. Kini pada 28 April 2008, Jerunei tersebut telah dinaiktarafkan untuk dijadikan mercu tanda yang penting di kawasan Taman Poket Dalat untuk ingatan kaum Melanau terhadap bangsawan-bangsawan terdahulu di samping sebagai tarikan para pelancong.
Video ini menunjukkan pemandangan di Taman Poket Dalat.